Rabu, 19 November 2014

Perkaitan Khat dan Tulisan Jawi

Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu dan pernahmencorak ketuanan Melayu di zaman pra-kemerdekaan. TulisanJawi mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarahbangsa dan negara, di mana dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan masyarakat awam. Namun,akhir-akhir ini ia mula dimamah zaman yang semakin global kerana muncul segelintir dalam hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak meyakinkan bangsanya untuk menghormatiwarisan ini. Malah rasa jelak mereka terhadap tulisan Jawi,secara tidak langsung telah menghasilkan generasi Melayu'anglophile' iaitu manusia dua kerat, sekerat Melayu dan sekerat kebaratan. Generasi seperti inilah yang akhirnya menjadipenyumbang kepada fahaman melampau hedonisme sehingga menyebabkan daya tahan umat menjadi tiris.Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan,barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanyadiajar sewaktu peringkat sekolah rendah, kemudian diabaikanketika di peringkat menengah. Akhirnya ilmu Tajwid hanyadikuasai oleh generasi-generasi agamawan, sedangkanmengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al Quran merupakan tuntutan Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam. Lebihmalang lagi jika Jawi diberikan kedudukan yang sama, tidakmustahil ia akan tenggelam di arus kemodenan dan teruskehilangan khalayak.
Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai nilai komersial di kalanganpembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimanapada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnyadiungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion.Jika masyarakat Melayu kehilangan qudrat untuk membacatulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta Champollion 2membaca tulisan Jawi pada masa akan datang?

Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jasa yang besar terhadap kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia membangkitkan rasa tanggungjawab agar terus dipelihara dan terakam dalam pendidikan negara.Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masaamat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena di zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden denganperbendaharaan yang sofistikated diperkenalkan, tulisan Jawidigunakan oleh pihak istana dalam bidang persuratan, perjanjiandan undang-undang. Jika diamati, sejarah ke'genius'an danpemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabilawujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebabitu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjekpengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekunidi sekolah-sekolah.Tokoh ulama’ seperti Mohamad Idris b Abdul Rauf al Marbawi,bukanlah tokoh yang asing dalam dunia penulisan Jawi.Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab ’Bahrul Mazi’, ’Tafsir Quran al Marbawi’, ’Tafsir Surah Yassin’ masih kekal diulangcetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasaArab yang dihasilkan oleh Sheikh al Marbawi telah diterjemahkanolehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun terjemahantokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalamtulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuan Islam yangresponsif di negara Malaysia.


Batu bersurat ini terletak di Makam Syeikh Ahmad Majnu di kompleks Pengkalan Kempas, berhampiran Port Dickson. J.G. de Casparismembaca tulisan ini dan diperturunkankan kembali oleh Prof OthmanMohd Yatim .


Ini pula adalah Inskripsi tulisan Parsi pada nisan Shaikh 'Abdul Kadir IbnHussain Syah. Tarikh yangditemui seakan-akan 290 atau 291 Hijrah.Sayangnya nisan ini kaku dibawah naungan hujandan panas.Sepatutnya pihak yang berkaitan menjaga nisan ini meletakkan cerminsupaya tulisan tersebut tidak terhakis.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan